Menu
Kedah Pengangkutan ڤڠڠکوتنNegeri Kedah mempunyai sistem pengangkutan yang baik. [4]
1. Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS).
Kedah dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Kubang Pasu iaitu di utara merentasi Alor Setar, Pendang sehingga ke Sungai Petani di selatan.
2. Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE).
Selain itu, terdapat juga Laluan Persekutuan yang menghubungkan Kulim dengan Butterworth, Pulau Pinang.[5]
3. Lebuhraya Sungai Petani - Inner Kedah (SPIKE).
Dalam rancangan Malaysia Ke Sebelas, Kerajaan Persekutuan ingin membina sebuah lebuhraya sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Laluan ini akan menghubungkan Bandar Sungai Petani, Kulim, Bandar Baharu Serdang sehingga ke Taiping, Perak[6]
1. Kereta Api Tanah Melayu (KTM)Selain daripada Laluan Utara - Selatan, KTM Antarabandar juga merentasi Kedah. Landasan Keretapi Eletrik Berkembar Ipoh - Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Kedah.Antara hentian kereta api adalah Kodiang di Kubang Pasu, Anak Bukit dan Pusat Bandar di Alor Setar serta beberapa buah bandar yang lain.
Seperti di negeri-negeri lain, di Kedah juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama yang berpusat di Stesen Bas Lama di pusat bandar Alor Setar yang telah dipindah ke Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Mergong bagi menampung pertambahan penduduk.[7]
Lapangan terbang utama di Kedah ialah
1. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
yang terletak di Alor Setar.[8] Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Terletak 12 km dari bandar Alor Setar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Terminal baru ini memiliki kapasiti untuk menerima operasi Airbus 330 dan landasannya pula dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mengendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang.
2. Pangkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama dengan lapangan terbang Sultan Abdul Halim.
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Terletak di Padang Mat Sirat, Langkawi di mana berlangsungnya Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA).
Antara terminal feri yang terdapat di Kedah :
1. Terminal Feri Kuala Kedah.
Terletak di Kuala Kedah, Alor Setar.
2. Terminal Kuah.
Terletak di Pekan Kuah, Pulau Langkawi.
Menu
Kedah Pengangkutan ڤڠڠکوتنBerkaitan
Kedah Kedah Darul Aman FC Kedah Tua Kedah FM Kedah United Kedah Aerotropolis Kedah Marble Sdn Bhd Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara Kedai kopi Kedai makanRujukan
WikiPedia: Kedah http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing101.htm... http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing34.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing6.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing60.html http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing65.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Kedah,+Mal... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/guides/t... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/kedah-ai... http://www.hoteltravel.com/malaysia/kedah/kedah-pu... http://www.mykedah2.com/e_20hall_fame/e202b_menu.h...